Bila agaknya bahagia akan menjadi milikku?
Bila agaknya kisah duka begini akan berlalu?
Bila agaknya cinta sejati itu akan datang padaku?
Bila agaknya hati ini sepenuhnya akan melepaskanmu?
Jika tiada cinta…
Mengapa mengatakan ada?
Jika tiada rindu…
Mengapa mesti menyatakannya?
Jika tiada sayang…
Mengapa meluahkannya?
Jika tiada kasih…
Mengapa ada kita?
Berkali kita berpisah…
Kau beri peluang entah keberapa…
Namun tidak pernah kekal hubungan kita…
Kerna akhirnya terpisah jua…
Lalu aku memutuskan untuk melupakannya…
Aku cuba hidup bahagia…
Aku cuba melupakan kisah kita…
Tapi kau datang meminta peluang pula…
Kerana ada cinta aku terima…
Kerana ada rindu ku cantumkan semula hubungan kita…
Doaku satu, semoga ia kekal selamanya…
Tapi sayang, hubungan ini gagal juga…
Kelemahanku ini…
Kebencianmu…
Persoalanku ini…
Mencabar kelelakianmu…
Lalu kau tega melukakanku,
Cuba menduakan diriku,
Hingga tiada kata terluah dariku,
Terasa sia-sia kasih sayangku…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sambungannya nnt bile ad idea


